REVIEW : MARYKAY CHARCOAL MASK

Assalamualaikum & Haiii!

Apa khabar semua? 
Hari ni Meknis nak review tentang Mary Kay Charcoal Mask yang terbaru!
Tapi baru sempat nak buat review sebab konon-konon busy sebelum ni. Hehehe
he

Tadaaaa! Ni la dia Charcoal Mask! Selamat berkenalan.
After launching, Meknis memang terus tak sabar sabar nak beli and guna! Sebab mask ni memang sesuai sangat untuk kulit Meknis. We are like a match made in heaven! Haaa gitewww!

Lepas dapat mask ni, malam tu jugak Meknis terus pakai. Punya la tak penyabar kan? Hehehe

Terkejut tak? Hahaha 
Masa mula-mula sapu tu rasa sejuk je muka. Then beberapa minit lepas tu, rasa macam geli2 tarik2 manja gitew. Mask ni pakai 10-15 minit. And macam mask-mask yg lain dia tak boleh bawak tido. So make sure jangan pakai masa mengantuk yeeee. Hahaha

After 15 minit macam tu, mask ni akan mula mengering. Masa ni memang best sebab rasa tegang sangat kulit mukaaaa. Meknis suka! Bila kering tu, memang boleh nampak mask bertukar color kat certain area pada muka especially kat bahagian hidung. Dia jadi tompok-tompok kelabu. Kat kawasan berpori pada pipi pun jadi kelabu jugak! Tu adalah kawasan yang selalunya berminyak lebih.

After mask dah kering, Meknis pun basuh. Mask ni tak payah peel off yang tarik sakit tu. Kita cuma perlu bilas dengan air nanti dia akan cair and tertanggal daripada kulit dengan sangat senang!

Perasaan lepas cuci mask tu sangat ahmayzingggg!
Kulit rasa ringan lain macam, lebih cerah, halus, and lembut. Rasa super bersih!
Masa sebelum Meknis pakai tu, macam ada biji biji halus kat area atas bibir dan dagu. Tapi lepas cuci tu, bila pegang area dagu tu, memang licin dan halus i tell youuuu! 
MAGIC gila! Serious tak tipu.

Dan lepas tu mulalah saya menjadi seorang yg sangat rajin pakai Mask.
2 kali seminggu wajib pakai charcoal mask.

Apa fungsi Mary Kay Charcoal Mask?
Charcoal Mask Mary Kay ni menggunakan ACTIVATED CHARCOAL.
ACTIVATED CHARCOAL atau arang aktif ni merupakan karbon yang diproses dan kemudian diaktifkan untuk memperbesar luas permukaan molekul dan meningkatkan daya absorption supaya charcoal ni dapat absorb minyak dan kotoran dengan lebih baik. Haa gitu la lebih kurang. Jadi, walaupun kita sapu sikit tapi dia mampu absorb banyak kotoran, bakteria & minyak yg tersumbat dalam pori.

You all tahu tak pori tersumbat adalah punca utama kepada masalah jerawat & kulit kusam. Sebab tu lah kena guna mask ni untuk clearkan poriiii. 

Ni merupakan fungsi fungsi activated charcoal yang ada dalam charcoal mask 

And then, macam mana mask ni berfungsi, boleh refer pada gambar kat bawah ni ya.
Q & A
1. Siapa yang boleh pakai?
- Anda yang xde masalah kulit tapi nakkan kulit bersih sekata
- Mempunyai masalah jerawat & minyak berlebihan
- Jerawat di belakang badan
2. Siapa yang TAK boleh pakai lagi?
- Anda yang pernah guna produk pengelupasan / bermercury / hydroquinone
- Kulit nipis
Apapun dapatkan consultation terbaik daripada Beauty Consultant dulu sebelum uols guna produk ni.
Kalau anda dah mempunyai BC, sila refer pada BC anda.
Kalau belum, boleh la contact saya ya. Itu sahaj perkongsian saya di petang hari ni. 

Love,
Meknis
014-5471734 (Whatsapp)
018-5754734 (Call)

Comments

Popular Posts