PENGALAMANKU DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum & Hai semua.

Hari ni Meknis nak share pengalaman Meknis sendiri ketika mengambil keputusan untuk bertukar kepada skincare Mary Kay. Sebelum ini, Meknis akui yang Meknis merupakan salah seorang pengguna tegar skincare tempatan. Antara yang Meknis pernah guna dalam jangka masa yang agak panjang ialah N***A** dan T*** Skincare. Mula mula memang best sebab even baru beberapa kali guna, Meknis memang rasa kulit semakin cerah. Seperti yang dijanjikan lah, cerah dalam masa 3 hari! Tetapiiiiii lama kelamaan kulit jadi kemerah-merahan dan nampak semakin menipis. Hmmm mungkin disebabkan kandungan bahan kimia yang tinggi. Ye lah, kita pun student sains, kimia lagiii, bila dah fikir rasional, memang Meknis sedarlah yang produk produk yang mengandungi bahan kimia ni memang sangat tak elok untuk kulit kita. Then, Meknis decide to stop using the skincare. Masa tu dah tak fikir nak putih dah. Nak kulit selamat je uolssss. Huhu.

Ingatkan bila dah stop, takde side effect apa apa. Tapi sangkaanku meleset. Haa ambik kau, ayat novel Meknis bagi! Hahaha. Nak tengok apa yang jadi kat kulit muka Meknis? Tengoklah gambar kat bawah ni.

Kulit muka Meknis jadi menggerutu selepas stop  guna produk XXXX

Bila dah jadi macam ni, memang risau sangat la. Rasa macam kertas pasir je bila sentuh kulit sendiri. Lama Meknis research skincare yang sesuai untuk masalah jerawat dan kulit sensitif ni. Lepas tu, Meknis decide nak menggunakan Mary Kay. Meknis contact la perunding kecantikan Mary Kay aka kawan Meknis, Mira. Selepas consult dengan Mira, Mira bagitahu kulit Meknis semakin nipis dan berminyak. Dia pun explain tentang kesan penggunaan produk sebelum ni yang telah mengganggu struktur kulit Meknis. Jadi, dia suggest Meknis menggunakan Treatment Set. TREATMENT SET ini berfungsi untuk membina semula sel kulit Meknis dan merawat masalah jerawat dan kulit berminyak. Nak tahu apa item yang ada dalam Treatment Set?

Ni lah antara produk Mary Kay pertama yang Meknis guna.


Ada 5 item dalam Treatment Set ni
1. Botanical Effects F2 Cleanser (Tahan 4 bulan)
2. Oil Free Hydrating Gel (Tahan 4 bulan)
3. Acne Spot Solution (Tahan 8 bulan kot. Tak habis lagi guna yang ni)
4. Primer Foundation (Tahan 8 bulan kot. Yang ni pun tak habis lagi)
3. Timewise Liquid Matte Foundation (Tahan setahun? Yang ni pun ak habis habis lagi Meknis guna)

Dua minggu pertama menggunakan Mary Kay, Meknis belum nampak lagi kesannya. Jerawat masih terus naik tetapi Meknis perasan kulit nampak semakin bersih. Minyak dah berkurang. Hehe. Tapi selepas sebulan, jerawat semakin kering. Tapi parutnya tetap ada. Tapi lepas dua bulan, lepas tiga bulan, perubahan memang positif. SANGAT! Sekarang, kulit Meknis dah licin. Dah tak menggerutu macam kertas pasir dah. Dah jadi kain baldu. Hahaha. Paling best, dah berseri and glowing. Eh, maaf terpuji diri sendiri! Hahaha.
Meknis bersyukur sangat sebab Meknis pilih produk Marykay. KULIT CANTIK dan yang paling penting, SELAMAT!


Ni la kulit Meknis sekarang. Jerawat dah settle. Parut sikit2 je lagi.
Kalau you all perlukan skin consultation for FREE, pening tak tahu nak guna produk apa, meh la bagi Meknis tolong you all.  Meknis akan guide sampai kulit jadi sihat. Insyaallah hehe

Love,
Meknis
014-5471734 Whatsapp

Comments

Popular Posts